LIST

Panduan Bergambar untuk Laluan Ini

AREA7

Di Sekitar Bandar Zentsuji


Tanah perkuburan sutra Gunung Koshiki

kousikizan kyoudukagun

Huraian

Ini ialah tanah perkuburan Gunung Koshikisutra. Ini ialah hak milik kebudayaan yang ditetapkan Wilayah Kagawa. "Tanah perkuburan sutra" merujuk kepada tanah perkuburan di mana kitab-kitab telah dikebumikan. Dengan menyalin kitab-kitab dan mengebumikannya, dikatakan bahawa seseorang akan memperolehi kebaikan. Tanah perkuburan seperi ini telah banyak didirikan oleh ahli-ahli golongan bangsawan pada hujung tempoh Heian. Pada tahun 1996, bahan-bahan seperti peti-peti tembaga sutra, yang dianggap daripada hujung tempoh Heian telah digali dari semua tanah perkuburan sutra ini. Dipercayai bahawa tanah perkuburan ini telah dibuat oleh puak Saeki, iaitu keturunan Kobo Daishi (Kukai) ataupun sami-sami Zentsu-ji. Kini, peninggalan yang telah ditemui ini merupakan hak milik kebudayaan yang ditetapkan Bandar Zentsuji dan telah dipinjamkan untuk dipamerkan di Kyodokan Bandar Zentsuji. Tambahannya, patung-patung batu Fudo Myo-o dan Ragaraja boleh ditemui bersebelahan dengan tanah perkuburan sutra. Di bahagian bawah permukaannya, terdapat tulisan yang menerangkan pasal peristiwa-peristiwa yang berlaku menuju kepada penemuan tanah perkuburan sutra pada tahun 1792 semasa tempoh Edo, serta pengebumian semula selepasnya.

Bahagian Khas

Harta milik kebudayaan yang ditetapkan di Wilayah Kagawa

Struktur

Zaman

Tempoh Heian

Alamat

Zentsuji-cho, Bandar Zentsuji, Wilayah Kagawa