LIST

Panduan Bergambar untuk Laluan Ini

AREA3

Kuil Konzou-ji


Dewan Emas Kondo (Dewan utama)

kondo hondo

Huraian

Ini ialah Kondo. Ini ialah dewan utama Kuil Konzou-ji. Bangunan yang ada sekarang dibina untuk menyerupai Kuil Koto-sanzan Saimyo-ji di wilayah Shiga dan telah siap dibina pada November 1983. Honzon (benda penyembahan utama di kuil) ialah sebuah patung Bhaisajyaguru (Buddha yang boleh menyembuh semua penyakit). Dikatakan bahawa Chisho Daishi telah membuat patung itu yang hanya ditunjukkan pada tiga hari pertama dalam setahun. Pada bahagian kanan dewan ini terdapat sebuah mazbah api dengan patung Fudo Myo-o yang dikatakan telah dibuat oleh Chisho Daishi, sama seperti Honzonnya. Pada 1hb dan 3hb Januari, Homa (doa api kudus) pertama pada Tahun Baru setiap tahun dan pada setiap 28 hari bulan, pesta Homa didadakan. Pada bahagian kiri dewan ini, sebuah patung Amitabha Tathagata yang dikatakan telah dibuat oleh Jikaku Daishi, disemadikan. Pada asalnya, ianya Honzon Dewan Jogyo Zanmaido. Tetapi kini telah disemadikan sebagai Honzon bagi upacara peringatan, seperti untuk nenek moyang.

Bahagian Khas

Struktur

Zaman

Alamat

1160 Konzouji-cho, Bandar Zentsuji, Wilayah Kagawa